7:06 PM

Rahsia pergerakan anggota badan

Posted by ANUAR SANi



untuk pengetahuan bersama

. Semua tubuh bergerak kanan dan kiri atas alamat melihat indah2 suatu pula hampir ajal atau
. Tengah kepala bergerak alamat beroleh kebajikan.
. Jika ubun2 alamat menjadi menteri atau raja atau beroleh harta banyak, orang pun kasih akan dia.
. Kepala kanan alamat barang pekerjaan beroleh untung
. Kepala kiri alamat akan sakit padahnya
. Semua kepalanya alamat beroleh sukacita
. Dahinya alamat beroleh ilmu lagi beroleh harta yang halal.
. Tengkok bergerak alamat banyak orang kasih kepadanya.
. Kening kanan alamat bahagia akan datang.
. Kening kiri lagi bertemu dengan kekasihnya.
. Kelopak mata kanan yang atas alamat beroleh hartanya di bawa oleh keluarganya dari jauh.
. Kelopak mata kiri yang atas alamat beroleh harta di bawa keluarganya jauh ia membawa untung.
. Kelopak mata yang bawah alamat akan menangis.
. Kelopak mata kiri yang bawah alamat jauh daripada bahaya atau duka dan berlayar.
. Ekor mata kanan yang atas alamat jauh daripada penyakit.
. Ekor mata kiri yang atas alamatnya terlihat dengan orang di kasihi.
. Ekor mata kanan yang bawah alamat meliht orang datang dari jauh.
. Ekor mata kiri yang bawah lamat sakit .
. Jur2 mata kanan alamat sakit.
. Jur2 mata kiri alamat kasihi orang.
. Biji mata kanan alamat menangis akan sakit atau mati
. Biji mata kiri alamat sakit.
. Hidung kanan alamat jauh daripada bahaya atau  penyakit atau orang akan memberi rezeki yang halal padanya.
. Hidung kiri alamat akan berbahagia dan bertemu dengan kekasihnya.
. Semua hidungnya alamat berkasih sayang dengan kekasihnya.
. Pelipis kanan alamat mati atau  kematian.
. Pelipis kiri alamat aman hatinya
. Telinga kanan alamat mendengar khabar yang baik dan beroleh sukacita dan menang ke atas musuhnya
. Anak yamin kiri bergerak alamat orang datang tetapi orang itu daripada sabiqoh datangnya
. Pipi kanan alamat panjang umurnya lagi memakai bauan
. Pipi kiri alamat bebas daripada sakit lagi tenang hati
. Bibir yang atas alamat akan berkelahi dengan sesama lelaki tetapi segala keluarganya kasih akan dia
. Bibir bawah alamat demikian juga
. Kedua2nya bergerak alamat makan minum dan memaki
. Jur2 bibir kanan alamat berkelahi
. Jur2 kiri alamat mendengar yang baik lagi beroleh kirimannya atau ilmu
. Lidah alamat makan minum tetapi berkelahi
. Anak lidah alamat huru hara
. Gigi alamat suka citanya
. Dagu kanan alamat bertemu dengan orang kaya
. Dagu kiri alamat beroleh pengetahuan
. Semua dagu bergerak alamat beroleh pekerjaan yang baik atau  pekerjaan raja2
. Leher kanan alamat huru hara
. Leher kiri alamat bebas daripada penyakit
. Semua leher bergerak alamat demikian juga atau beroleh kebajikan
. Bahu kanan beroleh harta yang banyak tetapi berkelahi dahulu
. Bahu kiri alamat orang mahu berbuat jahat tetapi kita di muliakan orang
. Lengan kanan bergerak alamat beroleh kebajikan
. Lengan kiri alamat berjumpa dengan sahabat yang baik dan beroleh suka cita
. Siku kanan alamat memegang emas dan beroleh suka cita
. Siku kiri alamat demikian atau kata setengah alamat di kasihi orang
. Hati tangan kanan alamat memegang emas atau kata setengah alamat di muliakan orang ramai
. Hati tangan kiri alamat beroleh emas atau  harta lagi untung
. Ibu tangan kanan alamat beroleh harta orang dan di muliakan orang atau kata lain alamat kematian
. Ibu tangan kiri alamat jadi penghulu
. Telunjuk kanan alamat berkelahi atau jika pada 5 haribulan haji alamat mati atau  kematian
. Telunjuk kiri alamat di muliakan orang dan beroleh kebesaran tetapi sakit dahulu
. Siku jari kanan bergerak alamat berkelahi
. Siku jari kiri alamat beroleh kebesaran tetapi sakit dahulu
. Jari manis kanan beroleh harta lagi suka cita
. Jari manis kiri segera beroleh emas atau  perak atau  perempuan yang cantik
. Belikat kanan alamat cita2nya tercapai
. Belikat kiri alamat akan sangat
. Lambung kiri bergerak alamat percintaan
. Belakang beroleh bahagia tetapi sakit dahulu
. Belakang kanan alamat orang datang
. Belakang kiri alamat orang jahat percintaan
. Lambung kanan alamat percintaan
. Perut kanan alamat beroleh rezeki banyak
. Perut kiri alamat menteri akan datang
. Pinggang kanan alamat kebajikan datang
. Pinggang kiri alamat beroleh anak atau harta
. Usus kanan alamat beroleh anak
. Usus kiri alamat beroleh anak atau harta
. Dubur beroleh untung atau rezeki halal
. Hati kanan alamat duka cita
. Hati kiri alamat sukacita
. Pusat bergerak alamat beroleh harta banyak
. Jejakan kanan bergerak alamat dekat akan berjalan
. Jejakan kiri alamat tenang hati beroleh rahmat
. Pirus kanan alamat ada orang cintai kita
. Perus kiri alamat nauri orang isterinya atau berbuat zina
. Semua perus bergerak berlekang (berselang seli ) alamat isterinya berbuat zina
. Bahu kanan bergerak alamat ia bertemu dengan kekasih dan beroleh kekayaan
. Ari2 bergerak keduanya alamat beroleh perempuan
. Pangkal perus berkeliling alamat akan beristeri atau berbuat zina
. Pintu kanan alamat akan duduk lama atau orang datang pada kita
. Pintu kiri bergerak itupun demikian tetapi kita beroleh permainan yang baik
. Paha kiri bergerak alamat beroleh kebajikan atau orang membawa emas pada kita
. Paha kanan alamat berjumpa dengan keluarga yang jauh atau berjalan jauh
. Lutut kanan alamat beroleh darbia
. Lutut kiri di hormati orang
. Betis alamat berkelahi sesama lelaki
. Betis kiri beroleh harta
. Pergelangan kaki kanan alamat beroleh darbia
. Pergelangan kaki kiri alamat tidak untung jangan di carinya
. Kura2 kaki kanan beroleh kebajikan
. Kura kiri berjalan jauh atau kata setengah pula sakit
. Mata kaki kanan almat berjumpa dengan orang datang dari jauh
. Mata kaki kiri alamat mendengar berita baik
. Ibu kaki kanan alamat mendengar berita kematian
. Ibu kaki kiri berjumpa dengan orang pergi lama akan datang
. Telunjuk kaki kanan alamat akan sakit
. Telunjuk kaki kiri berbahagia
. Siku jari kaki kanan alamat beroleh pekerjaan yang baik tetapi berkelahi dahulu
. Jari manis kaki kanan alamat bertemu dengan orang mencuri benda kita
. Kelingking jari kanan berkain baru atau barang kehendaknya
. Kelingking kaki kiri alamat sakit hati
. Tumit kanan bergerak kehilangan
. Tumit kiri pun demikian
. Tapak kaki melihat orang yang baik perangainya
. Hati kaki kanan alamat suka cita
. Hati kaki kiri alamat berjalan

SUMBER DI EKSTRAK DARI KITAB TAJUL MULUK 

9:03 PM

Permata hatiku

Posted by ANUAR SANi

Mempunyai cahayamata adalah satu keistimewaan bagi sepasang suami isteri. Apatah lagi kalau anak anak itu terlalu banyak keletahnya. Punya dua anak gadis dalam hidupku ini memang terlalu indah perjalanannya. walaupun waktu yang ku luangkan untuk mereka terlalu singkat namun ternyata telatah dan gelagat mereka membuatkan hidupku ini penuh bermakna. Merekalah yang menghidupkan suasana keceriaan di dalam teratakku, penyambung kemesraan antara kami semua. Aku berdoa dan akan sentiasa berdoa agar mereka berjaya dan menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

video

MUSiC>LOVER


BUBBLES>LOVER