11:16 PM

Vacation> Cameron Highland 2009

Posted by ANUAR SANi









ni plak waktu lawatan sari kat cameron highland. sari jer? ha kalau engkorang nak tahu pasai apa sari, baca sampai habih dulu. kami ni cam besa la. tiap kali nak berjalan memang tak pernah buat perancangan dulu. main rodong jer. kalau ada bilik adala, kalau tak nasibla. hm, bila samapi jer atas cameron highland tu, cam besala tus jer kami pi Dahlia Apartment, tempat kami selalu dok kalau naik atas tu. bukan apa sebab apartment ni selesa sikit, maklumla dah ada 2 anak seridit mengekog tu. so bini aku pun jumpa la ngan Mr Lee, org yang jaga apartment tu la, kecek punya kecek mulanya dia kata tak dak tapi sebab dah kenai dah so dia bagi la satu rumah tu 2 bilik sipa ngan peti ais dapur dan segalanya la. tapi katanya sari jer sebab esok tu penuh. okla, kita pun amik la. sebab dah petang dah malasla nak jalan lagi, cuma kuag pi pekan brinchang sebab lapag sgt. sambil2 tu pi la jugak tgk pasag malam kat pekan brinchang tu. so gambag2 yang kat dalam ni semua gambag kat pasar malam tu la. Ada satu makanan kegemaran kami kat situ, ntah apa nama dia ntah aku pun tak tau, dia cam apom balik gak la, tapi inti dia sekaya idak pun kelapa parut. kalau makan waktu panas sedap wooo. anak2 aku pulak besala, mesti cari strawberry ngan cokelat, ntah apa sedapnya aku pun tatau. kena tanya depa sendiri la. pas dah amik gambag sumo kami pun balik la. tapi rasanya la ni kat cameron pun dah tak sejuk dah. bayangkan aku boleh tidug pakai tshirt jer ngan suag pendek. selalunya kalau tadak selimut memang bley mati kejang aku kalau kat cameron ni. so pagi tu bini aku pun pi tanya mr lee tu sebab nak sambung lagi. Hm,, bayangkanla dari RM 250 dia bley naik ke RM500.00 mak ai, terkejut beruk aku kat situ. hm,,, macam ni la status pelancungan kat malaysia. waktu musim cuti sekolah kena lak hari cuti agung, bukan rate jer naik, makanan pun naik jugak, aku pun naik jugak, naik angin la. kena lak tgk jalan nak ke brinchang tu jem nyer sampai ke tanah rata. so harapan nak kutip straberry fresh, memnag hancusla. pikiag pi pikiag mai,, hm aku amik keputusan turun ke bawah la, ke port dickson sebab part dari keluarga bini aku ada kat sana. nak turun ikut brinchang dah sah dah amik masa panjang last2 kami pun turun ikut tanah rata ke ringlet dan tus ke tapah. pastu on th eway ke PD. hm,, gila punya plan.. tu la dia citernyer. lenguh dah jari.

10:16 PM

Malaysian Fruit> Durian

Posted by ANUAR SANi




tu dia durian gunung jerai kalau hampa nak tahu.sedap woooo. durian gunung jerai ni memang terkenal la kat kedah ni sebab rasanya yang memang pergh, nak aku citer serba sedikit pasai durian ni. Durian merupakan “Raja Buah” di kalangan buah. Nama saintifik bagi durian ialah Durio Kutejensis. Pokok buah durian yang tua berketinggian 100 kaki manakala pokok durian yang muda berketinggian kira-kira 20-30 kaki. Buah durian mempunyai permukaan kulit yang berduri. Ada sesetengah buah durian yang berwarna hijau kekuningan manakala sesetengah yang lain berwarna hijau keperang-perangan. Terdapat beberapa jenis buah durian yang dikenal pasti iaitu nasi kunyit, emas kertas, hutan, kucing tidur, gula batu, jantung. “Ripan anghe” dan “Ohiop”. Kesedapan isi buah durian mengikut kepada jenis buah durian itu sendiri. Isi durian juga berwarna kuning keemasan. Pokok durian mengambil masa 7 tahun untuk mendapatkan buahnya. Untuk mendapatkan buah yang baik, kita perlu menanamnya di kawasan berbukit. Biasanya berat durian mencapai 1 hingga 2 kilogram. Buah durian yang paling mahal ialah nasi kunyit yang mencecah RM 60.00 manakala buah durian yang paling murah ialah buah durian tebuk tupai yang berharga RM 4.50. Durian boleh dimakan begitu sahaja. Antara akanan yang boleh dihasilkan ialah kek, aiskrim, kuah durian, lempuk & tempoyak. Rasanya sungguh enak sekali. Rugi kalau tidak mencubanya. Air kosong yang diisi di dalam pangsa durian boleh diminum kerana habuk isinya yang tertinggal di dalam pangsa boleh menyekat rasa panas apabila kita memakannya. Selain itu, musim buah durian sama dengan musim buah rambutan iaitu bulan Mei, Jun dan Julai. Biji buah durian juga boleh ditanam dan mengambil masa yang lama untuk tumbuh, manakala biji buah durian kahwin mengambil masa yang singkat untuk tumbuh. hm,, dah la kot nak tahu banyak lagi pasal durian ni hampa search jer la dalam tenet tu. berkoyan2 muncul nanti kisah durian ni.

MUSiC>LOVER


BUBBLES>LOVER